
Salam untuk semua, aktiviti bermain terup ni bahaya rupanya kalau dijadikan berjudi. mana taknya ianya kalau melarat boleh jadi penyakit dan ketagihan. yela mula2 main 10 sen pastu main 20 sen pastu main sehengget pastu naik ke rm5 pastu naik ke rm 10 pastu setakat main mesin judi pun tak kisah. sudahnya beratus malah beribu henget sanggup dihabiskan. bukan apa kadang2 keseronokan berjudi boleh mengaburi alam realiti. ya memang terlalu best sampai rasa kalah pun takper sebab apa hari lain nak main lagi nak sedut balik duti yang dah ditelan judi. tapi bila keesokan atau hari lainnya pergi berjudi lagi kalah lagi so main sakit hati lah kan. bagi yang menang pun tak ke mana tengok kawan aku baru menang dan menang masalah lain timbul kereta rosak lah hp hilanglah. dah lupakan ke je amalan sia2. masalahnya susah nak tinggalkan kan? ye kawan2 yang ramai yang kuat hasut nak buat camna? itu sebenarnya diri anda sendiri yang mempunyai kuasa memilih. pilihlah yang terbaik. sekian terima kasih. ni ha sebenarnya tadi terlibat dengan kawan2 camni memang serius susah nak elak kalau jumpa asyik berjudi. tapi alhamdulillah ade jugak kawan2 yang sayang yang suka menasihati. akhirnya aku sedar banyak kerugian yang telah ku alami. tulah manusia kalau kalah merendah diri kalau menang cakap besar. tapi tak sebenarnya gunakan mata hati dan akal fikiran yang waras untuk menilai setiap benda tu baik ke tak? apa hikmah di sebaliknya setiap sesuatu kejadian itu.
wassalam.
