



AL-KISAH begini..
PADA hari Selasa itu aku telah membadak selepas pulang keletihan setelah berhempas pulas bekerja ya. Ya walaupun aku tau aku dah janji nak belanja si Fakhrull tapi apa kan daya. maka petang itu selepas maghrib berlalu aku pun melingkar terbongkang kepuasan tak hengat dunia melayari alam mimpi dengan penuh erti. Sedar2 aku terjaga dalam pukul 12 malam ya aku dapat 10 miss call dan banyak mesej bermcam2 bunyian yang ada termasuklah domain2 entah wujud dr mana seperti contah : www.maksentap.com, www.keji.lahanat.propa/mak dsb. Maka apabila tidak tahan kawan2 mencaras dan mencarut dengan keadaan yg segar dan kepanasan bangun tido di samping tak tahan diganggu gugat dengan sengatan pepijat yang menggatalkan, dengan keadaan baru bangun tido dengan mulut yang berbau busuk ku cuci muka dan cuci mulut japs, demi untuk menunaikan janjiew ku itu ku gagahkan jua mengajak z dan fak ke pusat karaoke di Indah Parade yg murah ittiew. Ya kali ini Z membawa teman bariew, ya siapakah dia? tert.... sampai di sana dalam pukul 1240 lebih kurang kami pun bantai nyanyi macam2 lagu.Aku buka dengan lagu "Sinaran" memandangkan Si Z dengan Fakhrul sibuk pasal domain www.SinaranItam.com. Ya si Z tetap ya dengan lagu " Hujan" nyanyian Senimang Agung Arwah Sudirman memandangkan dia feeling Roslan Shah Malaysia katanya. Aku macam biasa tak lupakan lagu wajib "I want It That Way" dan "Mengapa" walaupun sebenarnya "Kau Dipaksa Aku Terpaksa" nyanyi lagu2 ni. Masa dah nak last2 tu baru aku sedar si Fakh masih tak puas dengan gigih tekan2 remote ya mencuba tanpa malu dan segan walaupun kami semua maklum sebenarnya dah HABISS DAH DEKAT NAK BALIK LAH WOIIII. ala lain kali pergi lah lagi ya.

No comments:
Post a Comment