Sunday, March 30, 2008

Jennifer Lopez miliki segalanya



Jennifer Lopez.


JENNIFER Lynn Lopez atau lebih terkenal dengan panggilan Jennifer Lopez atau Jenny atau J.Lo bukan sahaja seorang penyanyi dan pelakon yang hebat.

Lebih daripada itu, dia yang dilahirkan pada 24 Julai 1969 juga merupakan seorang pencipta lagu, penerbit album, penari, pereka fesyen dan penerbit program televisyen.

Jadi tidak hairanlah jika Forbes menyenaraikan Lopez sebagai individu berdarah Amerika Latin yang paling kaya di Hollywood dan menjadi penghibur Hispanic paling berpengaruh di Amerika, menurut majalah People en Español's dalam senarai 100 Hispanic Paling Berpengaruh.

Walaupun seringkali hanya akan ketawa apabila dikisahkan tentang hartanya yang dikatakan bernilai $1 billion namun tidak boleh disangkal bahawa dia mempunyai aset teguh untuk mengukuhkan empayarnya.

Watak pertamanya dalam filem Selena (1997) nyata tidak sahaja mengangkat namanya sebagai aktres dan penyanyi malah menjadikannya seorang simbol seks.

Jadi bukan sesuatu yang mustahil kejayaan cemerlang di Hollywood menjadi Lopez antara artis paling tinggi bayarannya dalam sejarah Hollywood selain muncul dalam Guinness World Records (2007) sebagai artis paling berkuasa.

Justeru tidak hairanlah kalau dia menerima bayaran sebanyak $15 juta bagi peranannya dalam filem Monster-in-Law. Bukan itu sahaja, albumnya sahaja terjual 48 juta salinan di seluruh dunia menjadikan harta kekayaan yang dikaut Lopez menerusi kerjayanya dalam bidang seni dan perniagaan dianggarkan bernilai $110 juta.

Bermula 1999, Lopez yang dilahir dan dibesarkan di Bronx, New York ini telah menghasilkan tujuh buah album termasuk dua daripadanya menduduki tangga teratas carta Billboard 200 dengan empat single pertama Billboard Hot 100.

Pernah memenangi Anugerah Muzik Amerika pada 2003 bagi kategori Favorite Pop/Rock Female Artist dan Favorite Latin Artist pada 2007 pada majlis penganugerahan yang sama.

Album terbarunya, Brave, Jennifer berkolaborasi dengan penerbit seperti J.R. Rotem, Ryan Tedder, Middi Mafia dan Bloodshy dan single pertamanya, Do It Well telah memanaskan stesen-stesen radio di Amerika Syarikat.

Sementara filem-filemnya seperti Selena, Out of Sight dan Angel Eyes telah mengangkat anak kepada guru tadika dan pakar komputer ini sebagai aktres terbaik Anugerah ALMA.

Pada 2003, Lopez melancarkan himpunan pakaiannya yang dinamakan JLO by Jennifer Lopez yang merangkumi jeans, t-shirt, kot, tali pinggang, dompet dan pakaian dalam serta perhiasan.

Menyertai kempen musim sejuk Louis Vuitton pada 2003, 2005 Lopez melancarkan himpunan baru pakaiannya yang diberi nama Sweetface dan pada akhir 2007, Lopez menutup JLO by Jennifer Lopez dan melancarkan pula koleksi pakaian kanak-kanak JustSweet.

Lopez juga memiliki restoran Madre yang menyajikan masakan Cuba selain mencuba industri parfum dan melahirkan parfum pertamanya, Glow by J.Lo pada 2002 yang memecahkan rekod jualan.

Dia juga memperkenalkan parfum Still setahun kemudian selain beberapa edisi terhad Glow dengan nama Miami Glow by J.Lo.

Semasa Krismas 2005, dia melancarkan parfum barunya Live by Jennifer Lopez dan untuk meraikan Valentine's Day 2006, dia melancarkan, Love at First Glow by J.Lo. Parfum terkininya dipanggil Live Luxe dan dilancarkan pada Ogos 2006 sebelum melancarkan Glow After Dark setahun kemudian.

Dia juga mempunyai produksi televisyen dan filem yang diberi nama Nuyorican Productions yang dimiliki bersama pengurusnya Benny Medina. Judd, bekas suaminya juga merupakan antara pemegang saham ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Menjadi antara 50 Tercantik dalam majalah People en Español pada 2006, pun begitu, perhatian media tidak sahaja tertumpu kepada kejayaannya dalam bidang seni serta kemasyhurannya perniagaan seperti fesyen dan restoran selain endorsan yang menawarkan jutaan dolar kepada Lopez.

Kehidupan peribadinya turut menjadi hambatan media termasuk kisah-kisah cintanya bersama Ojani Noa dan Cris Judd yang juga merupakan bekas suaminya, juga bekas-bekas kekasihnya, Sean Combs dan Ben Affleck yang juga terkenal dengan gelaran Bennifer.

Dan sejurus selepas perpisahannya dengan Affleck, Lopez dilihat keluar bersama-sama penyanyi Latin, Marc Anthony yang juga merupakan teman lamanya.

Pasangan ini kemudiannya berkahwin secara senyap pada 5 Jun 2004, empat hari selepas kes perceraian Anthony dengan bekas isterinya, Dayanara Torres yang juga bekas Miss Universe selesai.

Hanya 40 ahli keluarga dan rakan terdekat yang menghadiri majlis perkahwinan penuh rahsia itu dan Lopez hanya mengakui mengenai perkara itu setahun kemudian.

Ketika ini, tiada apa yang lebih membahagiakan buat Lopez selain mengabadikan dirinya kepada Max dan Emme, sepasang kembar yang dilahirkannya pada 22 Februari lalu. Kembar itu juga merupakan buah cinta sulung Lopez buat suaminya tetapi merupakan anak keempat dan kelima buat Anthony.

Sebagai ibu kepada anak perempuan Emme yang lahir pada 12.12 pagi dan diikuti anak lelaki, Max pada 12.23 pagi, sememangnya cahaya mata itu lahir bagi menyempurnakan kehidupan Lopez - Anthony.

Lopez sendiri ternyata amat teruja bergelar seorang ibu pada usia 38 tahun. Malah teman-teman Lopez menganggap kehadiran si kembar comel itu telah menjadikan Lopez seperti diawang-awangan.

Begitu juga dengan Anthony yang memang mengimpikan kelahiran anak perempuan dan kini menjadi ayah kepada anak wanita kesayangannya. Dan selepas menanti kehadiran cahaya mata sejak sekian lama, Max dan Emme menjadi titik pengubah kehidupan seorang Jennifer Lopez.

“Ia impian yang menjadi kenyataan. Dia memang seorang yang sayangkan kanak-kanak,” demikian ulas teman-teman Lopez mengenai Max atau nama sebenarnya Maximilian David dan Emme atau Emme Maribel yang dilahirkan menerusi pembedahan.

Malah menurut teman baik Lopez, penerbit Elaine Glodsmith-Thomas, sejak melahirkan kembarnya itu, Lopez tidak mahu langsung berenggang dengan anak-anaknya.

“Sememangnya Jennifer dan Marc sudah bersedia untuk berkeluarga. Mereka saling sayang menyayangi dan telah membina sebuah kehidupan yang bahagia bersama.

“Cuma yang tiada hanyalah tawa dan tangis anak-anak dan kini mereka sudahpun memilikinya,“ kata Goldsmith-Thomas yang juga merupakan penerbit filem Maid in Manhattan yang dilakonkan Lopez beberapa tahun lalu.

Dan jangan tak tahu, Lopez juga pernah menitiskan air mata gembira ketika teman-teman memanggilnya dengan panggilan ‘mama’ ketika hadir ke majlis meraikan kandungannya tidak berapa lama dahulu.

Biarpun terdapat dakwaan mengatakan bahawa Lopez sukar mengandung dan terpaksa melakukan proses permanian berhadas dalam usaha untuk hamil, tidak kira apa pun yang dilemparkan kepadanya Lopez ternyata amat menyenangi proses kehamilan yang dialaminya selama sembilan bulan itu.

Malah dalam proses kehamilannya itu, Lopez turut mengurangkan aktiviti seninya walaupun ketika itu album terbarunya, Brave dilancarkan.

Kali terakhir Lopez mengadakan persembahan di pentas mega adalah ketika menjayakan jelajah En Concierto bersama Anthony walaupun ketika itu Lopez sedang hamil namun tidak pernah mengakuinya.

Biar sudah nampak perutnya memboyot, hanya ketika persembahan mereka di Miami, Lopez membuat kenyataan terbuka bahawa dia sedang mengandung sekalipun sebelum itu dia merahsiakan kehamilannya yang sebenarnya sudah tidak menjadi rahsia lagi.

“Ini masa-masa istimewa dalam kehidupan kami dan kami menanti sehingga persembahan terakhir untuk memaklumkan kepada anda semua,” demikian kata-kata Lopez yang disambut sorak dan tepukan daripada peminatnya.

Dan kini selepas melahirkan, Lopez ternyata tidak sahaja gembira malah berbahagia dapat memberikan sesuatu yang paling bermakna buat Anthony yang menjadi kesayangannya.

Malah antara insan yang turut meraikan kegembiraan Lopez itu ialah bekas kekasihnya, Sean ‘Diddy’ Combs yang sempat memberikan cenderamata berupa barangan rangkaian jenama bayi Sean John miliknya.

“Saya pasti Lopez mampu menjadi seorang ibu yang hebat,” kata Diddy.

Dan tentu sahaja si jelita yang terkenal kerana keindahan tubuhnya itu kini sedang berbahagia dengan tiga permata hatinya - Anthony, Max dan Emme.

“Ia penuh keajaiban,” kata Lopez mengenai kecintaan baru dalam kehidupannya - menyusukan bayi-bayinya, menukar lampin dan mendodoikan mereka

Friday, March 28, 2008

Unfaithful lah semua












Tiada gambar bersama ORANG TERSAYANG yang DITUTUP MUKA untuk di paparkan jugak...kekekke matilah.... tulah kisah fakhrull dengan Leosabri tak abis2 dengan meroyannya kannn. Si Z plak maintain keplach nya maklumlah makin jelita. aku ado? Hawwusss



Hari yang membosankan letih kena buli di tempat kerja hari2 asyik balik lambat dahlah penat tetiba ade panggilan out call dapatlah 70 plus 10 duit deposit return back katanya tapi 30 dah dihabiskan dekat mesin lanun jahat itu . geramnyaaa . Memanglah i don't want do this anymore katanya tapi apakan daya takde option yg baik untuk hari ini. haiyoh gaji lambat lagi minggu depan laplak, bosan betul kena budget jerrr...

Thursday, March 27, 2008

Anda sukakan Nombor2 Telefon Cantek?




Yo yo... mari sini ... Jika anda berminat untuk mencari sim pack baru? kami ada menjual nombor2 yang chantek dengan harga berpatutan jika anda berminat bolehlah hubungi kami melalui email di alamat : cubnaktu@gmail.com

dan Jangan lupa sertakan nombor telefon anda untuk dihubungi semula.

Sekian, terima kasih

Wassalam

Terjaminkah Hidup Anda?




Adakah anda cukup selamat? pernahkah anda terfikir jika anda ditimpa bencana apa akan berlaku? Sudah Cukupkah perlindungan yang anda miliki?
Ya Insya Allah kami di sini boleh membantu anda dalam melengkapkan perlindungan anda dengan Insuran yang tepat dan cekap . Jika anda sakit kami ada kad medical yang mempunyai banyak faedah dan kegunaan yang mana boleh di acces merata dunia. Kami juga menyediakan perlindungan untuk keluarga, kenderaan, aset anda, business anda, masa depan pendidikan anak anda di samping Takaful kami yang cukup lengkap boleh membantu pada masa hadapan terutama ketika anda menghadapi kesusahan dan kepayahan yang tidak terduga dan diluar jangkaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Insurans kami sila sms ke 0162485868 sesegera mungkin sebelum segalanya terlambat.

Gemuk dan gendut

Oleh Hafizah Iszahanid

hafiza@nstp.com.my




GEMUK perkataan yang sangat ditakuti wanita manakala gendut senario biasa pada lelaki. Kebanyakan orang percaya selepas berkahwin, perempuan mudah menjadi gemuk dan lelaki cenderung untuk gendut.

Bagaimanapun, ia sebenarnya sekadar cakap kosong yang tidak pernah disertai dengan kajian saintifik.

Walaupun genetik memainkan peranan penting tetapi masalah itu ia juga berkaitan dengan aktiviti fizikal dan pemakanan individu.

Gemuk sebenarnya trend yang semakin meningkat bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia yang dikaitkan dengan proses urbanisasi dan globalisasi. Ramai orang tidak bergiat aktif, tidak bersenam dan mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui obesiti adalah epidemik yang mewarnai peta dunia. Hampir satu bilion orang dewasa di seluruh dunia terlebih berat dan satu pertiga daripadanya gemuk. Ironinya, negara seperti India yang dicatatkan sebagai negara yang memiliki kes kekurangan nutrisi yang tinggi juga menghadapi masalah ini.

Lahirkan anak ramai bukan punca gemuk
WANITA berisi juga menarik.

DI BARAT, gemuk dan terlebih berat badan memang perkara biasa. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pola peningkatannya lebih cepat berbanding negara membangun.

Bagaimanapun WHO memberi jawapan yang sama kepada punca masalah ini iaitu pengambilan makanan yang tinggi gula, lemak tepu dan kurang khasiat digabung dengan sikap malas bersenam.

Justeru, kepercayaan wanita mudah menjadi gemuk selepas kahwin adalah mitos belaka.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata logiknya selagi menjaga pemakanan dan rajin bersenam, jumlah kekerapan melahirkan anak bukanlah soalnya kerana ada juga perempuan yang tidak berkahwin juga gemuk.

“Sebenarnya apabila umur meningkat iaitu bermula usia 40 tahun, fisiologi otot mengecil atau mengecut secara perlahan-lahan dan ia boleh diisi dengan lemak. Keadaan ini bukan terhad pada wanita saja tetapi juga lelaki,” katanya.

Simpanan tenaga utama adalah lemak. Apabila pengambilan tenaga lebih banyak daripada tenaga yang digunakan, tisu berlemak (adipose tissue) semakin bertambah. Keadaan itu selalunya seiring dengan peningkatan BMI justeru berat badan.

Penggunaan tenaga tubuh sebenarnya sepadan dengan berat badan. Peningkatan tenaga yang tidak seimbang menyebabkan pertambahan berat badan.

Saya sentiasa sibuk di pejabat dan rumah, mengapa saya masih gemuk? Ini mungkin soalan biasa di kalangan wanita. Jawabnya mudah, kata Dr Noor Azah, secara relatifnya lelaki lebih aktif justeru mereka lebih berupaya mengawal berat badan berbanding wanita.

“Memang wanita juga aktif. Bagaimanapun keaktifan itu tidak termasuk bersenam. Selalunya wanita ‘aktif’ dengan urusan pejabat dan sibuk dengan rumah tangga tetapi secara realiti wanita tidak banyak bergerak,” katanya.

Maksudnya, dalam melakukan kerja pejabat dan kerja rumah kekuatan tangan yang lebih diperlukan. Pergerakan tangan digunakan untuk menaip dan memasak atau melipat pakaian. Pergerakan tangan tidak termasuk dalam kategori penggunaan otot besar. Penggunaan jari atau otot kecil bermaksud kurang mengeluarkan tenaga.

Berbanding otot besar seperti bahu, paha dan pinggul, setiap pergerakan otot besar lebih dari 10 minit membantu mengeluarkan tenaga. Kerana itu setiap kali melakukan aktiviti fizikal ia mesti lebih dari jangka masa itu.

Anologi paling mudah, mentega yang dikeluarkan dari peti sejuk mengambil masa 10 minit untuk mencair. Justeru, jika mahu kurus perlu ada keseimbangan antara tenaga yang diambil dan digunakan.

“Ada wanita mengambil jalan pintas untuk kurus. Mengambil pil pelansing dan mengamalkan diet tidak sihat. Apa yang perlu mereka tahu, pil pelansing ada pelbagai cara tindakannya. Ada berfungsi mengurangkan penyerapan makanan dan ada mengurangkan selera makan.

“Cara betul kurangkan berat badan adalah amalan bersenam dan makan makanan sihat. Jangan makan pil kurus kerana sebaik saja berhenti mengambilnya, berat badan akan naik dua kali ganda daripada asal. Malah ada kes ia juga boleh menjejaskan buah pinggang kerana ia sudah tidak boleh lagi berfungsi sebagai penapis,” katanya.

Dr Noor Azah berkata, ubat menguruskan badan tidak banyak membantu dan ia bergantung pada fungsinya. Paling utama pengguna perlu pastikan ia diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Gemuk sepatutnya tidak boleh menjadi trend. Obesiti adalah penyakit. Walau apapun kepercayaan, sama ada normal untuk wanita gemuk selepas kahwin atau biasalah kalau lelaki gendut selepas berkahwin ia harus dihapuskan sama sekali,”

Antara komplikasi gemuk adalah barah. Memang penyakit barah itu sebenarnya disebabkan banyak faktor, tetapi kalau banyak lemak risiko barah lebih tinggi. Justeru, mereka yang obes lebih cenderung diserang barah.

Genetik memang memainkan peranan tetapi ia tidak sehebat penangan tabiat pemakanan tidak betul dan sikap malas bersenam. Genetik hanya memberi sumbangan yang kecil saja dalam epidemik gemuk.

“Jika seseorang itu gemuk sejak kecil, sel lemaknya lebih besar dan banyak. Walaupun apabila dewasa, kegemukannya tidak bertambah, bilangan sel lemak tidak berkurang. Maksudnya, dia susah untuk menjadi kurus berbanding mereka yang gemuk selepas dewasa,” katanya.

Antara wanita dan lelaki malah antara satu individu dengan individu lain, tidak ada satu kadar pembakaran lemak (BMR) sama. Ada individu yang makan kerap tetapi tidak gemuk. Mereka ini tergolong dalam kelompok BMR tinggi.

Merujuk pada kajian pemakanan di kalangan dewasa Malaysia (MANS) pada 2003 mendapati prevelan obesiti dan terlebih berat lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki.

Perbandingan antara kaum pada 1995 pula mendapati prevelan obesiti lebih tinggi di kalangan orang Melayu diikuti India dan Cina manakala kajian MANS menunjukkan obesiti tertinggi adalah di kalangan masyarakat India.

Kajian MANS juga mendapati pengambilan tenaga penduduk Malaysia adalah 70 peratus daripada pengambilan makanan yang dicadangkan. Cadangan pengambilan tenaga penduduk Malaysia dewasa adalah antara 1,200 hingga 1,800 kalori (kcal) sehari tetapi ia berbeza mengikut umur dan jantina.

Kajian itu juga menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia (85.5 peratus) mengamalkan gaya hidup sedentari (lebih banyak duduk) manakala hanya 14.4 saja bersenam.

Kata Dr Noor Azah, secara umum bagi wanita tisu lemak berlebihan tersimpan di pinggul, kaki dan paha manakala bagi lelaki lebihan itu lebih banyak berkumpul di perut.

Secara umum, senaman untuk menguatkan jantung adalah berlari 30 minit tetapi jika ingin menguruskan badan, cukup dengan berjalan-jalan santai tanpa berhenti bagi tempoh satu jam.

Lelaki mudah gendut bila usia meningkat

APA punca gemuk dan gendut? Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata puncanya adalah ketidakseimbangan dalam pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga.

Ini ditambah dengan tiada perubahan dalam tabiat dan pengambilan makanan berlemak dan tinggi kalori.

“Kombinasi pengambilan nutrisi berlebihan ditambah pula dengan gaya hidup lebih banyak duduk adalah punca utama obesiti epidemik,” katanya.

Selain malas bersenam, perubahan persekitaran fizikal (obesogenic environment) juga mempengaruhi keadaan ini.

Antara lelaki dan perempuan, lelaki cenderung untuk menjadi gendut apabila usia semakin meningkat. Lelaki seperti juga perempuan ‘bergelut’ dengan isu pertambahan berat badan atau gemuk sepanjang usia. Begitupun, ada yang tidak menyedari pertambahan dalam ukur lilit perut mereka.

Gemuk atau gendut sebenarnya boleh dicegah dengan pengambilan diet yang betul dan senaman. Senaman untuk setiap individu, tua dan muda tidak sama. Apabila usia meningkat misalnya, selain mengubah menu makanan anda juga perlu tahu senaman sesuai untuk terus kekal langsing atau menurunkan berat badan.

Secara umum, untuk menurunkan berat badan anda perlu ‘membakar’ sebanyak mana kalori yang anda ambil. Maksudnya elak makanan tinggi lemak dan karbohidrat dan makan dalam kuantiti yang kecil.

Jadikan ‘pembakaran’ lemak sebagai aktiviti rutin. Walau di mana anda berada di rumah atau pejabat, lakukan bila berkesempatan. Misalnya, gunakan tangga untuk ke kantin atau ke surau. Begitupun turun naik tangga lakukan dengan menggunakan kasut bertapak rendah bukan kasut bertumit tinggi.

Info

  • Dalam sesetengah budaya, gemuk dikaitkan dengan tarikan fizikal, kekuatan dan kesuburan. Artifak lama dikenali sebagai “Venus figurines” iaitu statut bersaiz poket adalah model perempuan gemuk. Walaupun signifikan budaya ini tidak direkodkan tetapi ia dikatakan popular di zaman prasejarah di Mediterranean. Dalam budaya Eropah pula, perempuan gemuk dikaitkan dengan ritual magis dan kesuburan.

  • Gemuk juga diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan status sosial terutama dalam kelompok masyarakat yang mengalami masalah kekurangan makanan. Dalam sejarah awal Eropah moden juga gemuk dikaitkan sebagai simbol kekayaan sebelum akhirnya ia dikaitkan dengan keghairahan, selera dan erotik.

  • Dalam seni halus, perempuan gemuk juga mendapat tempat. Misalnya dalam karya pelukis era baroque, Peter Paul Rubens (1577-1640) sehingga timbulnya istilah 'Rubenesque'. Ia dilihat sebagai simbol prestij.
  • X Cafe (premium) - Impian Kehebatan Malam Anda

    Minuman kesihatan yang dirumus khas untuk pasangan suami isteri bagi membantu mengatasi masalah seksual juga bagi meningkatkan prestasi agar anda mengecapi impian nikmat

    kepuasan bersama.

    X-cafe (premium) adalah minuman pra-campuran biji kopi dan herba "anti-impotence"yang bermutu tinggi yang diadun agar menyamai reaksi pil VIAGRA. Oleh itu, X-cafe (premium) adalah versi minuman kesihatan kopi herba Viagra?yang dijamin ramuannya bersih dan selamat digunakan tanpa sebarang keraguan

    Kelebihan X-cafe (premium)

    Kebanyakan ubat-ubatan untuk membantu masalah mati pucuk/lemah tenaga batin di pasaran menjanjikan kesan reaksi yang sangat menarik tetapi ianya mempunyai kesan sampingan yang amat berbahaya dengan sesetengah kes melibatkan kematian.

    Minuman kesihatan herba X-cafe (premium) yang bertindak secara semulajadi adalah alternatifnya dan jawapan bagi permasalahan malam anda


    Penggunaan X-cafe (premium) yang berterusan dapat membantu :

    *** Meningkatkan prestasi seksual
    *** Meningkatkan tenaga, stamina dan metabolisma
    *** Meningkatkan kualiti sperma
    *** Meningkatkan saiz alat kelamin (bagi lelaki)
    *** Melancarkan perjalanan darah
    *** Memperbaiki fungsi kardiovaskular
    *** Mengimbangi fisiologi badan
    *** Mencegah penyakit kanser prostat dan batu karang
    *** Mengimbangi hormon badan
    *** Meningkatkan kualiti tidur
    *** Meransang fungsi otak

    Rumusan herba-herba terpilih didalam X-cafe (premium) turut membantu menyumbang dalam proses mengawal pelbagai penyakit seperti :

    Kencing Manis . Lelah/Asthma . Tekanan Darah Tinggi


    Kandungan Ramuan :

    Gula, Krimer bukan tenusu, Kopi, Perisa, Maca dan Tongkat Ali.


    Kelebihan Ramuan :

    - Maca (sejenis akar yang tumbuh di kawasan pergunungan tinggi di Peru)

    *** Membantu mengimbangi hormon secara semulajadi
    *** Membantu meransang kehendak seksualiti
    *** Membantu meningkatkan tenaga, stamina dan memori
    *** Membantu meningkatkan tahap kesuburan/kualiti sperma
    *** Membantu menguatkan daya dan fungsi ereksi
    *** Membantu menghadapi menopause simptom
    *** Membantu menstabilkan kitaran haid
    *** Membantu mengubati penyakit "mati pucuk"
    *** Membantu meningkatkan sel darah merah
    *** Membantu mengatasi masalah "premature ejaculation"

    - Tongkat Ali

    *** Meningkatkan kadar testosterone
    *** Menguatkan otot dan tenaga
    *** Meningkatkan daya ereksi
    *** Membantu meningkatkan memori
    *** Membantu "premature ejaculation"


    Cara Pengunaan :

    Tuangkan satu sachet X-cafe (premium) ke dalam cawan berisi 120ml air panas, kacau dan nikmati.

    - digalakan meminum dua jam sebelum "bersama"
    - untuk lebih enak, tambahkan satu sudu madu asli
    - sangat sesuai untuk lelaki / perempuan yang tidak aktif
    - sangat sesuai untuk pasangan yang sukar mendapat anak
    - untuk kesan yang maksima, elakkan mengamalkan pengambilan ais


    Kandungan :

    5 sachets x 21g

    Harga Pasaran :

    RM 68.00 / kotak , RM 18.00 /sachet


    *Dapatkan Pek Sachet Percubaan dengan hanya RM10.00 (untuk 200 orang pertama sahaja) sila hantarkan butiran peribadi anda ke : xcafepremium@gmail.com

    X Cafe (premium) - Your Sensual Nite Dreams

    The combination of this herbs showed some similar reaction to the male pill; Viagra, it also promotes energetic body without any nervous muscular or cardiac over stimulation. This is the reason why X-cafe(premium) will be "herbal Viagra"

    While the commercial erectile dysfunction treated drug is a great interested product despite its serious adverse effect with some related to death, herbal product such as X-cafe(premium) with soft but safe action should be an alternative.

    X-cafe(premium) specially formulated to improve sexual performance for men and women.

    X-cafe(premium) also benefit user in:

    *** Aphrodisiac activity
    *** Energy, stamina and endurance
    *** Male/female potency
    *** Mental clarity
    *** Fertility
    *** Anti depression
    *** Diet and weight loss

    The combination of herbs in X-cafe(premium) also helps to contribute to control numerous diseases including:

    *** Diabetes
    *** Hypertension
    *** Asthma
    *** Epitomes
    *** Psoriasis
    *** Platelet aggregation inhibition
    *** Dilating coronary artery
    *** Improving coronary circulation
    *** Increase metabolism
    *** Stabilize hormone

    Ingredients :

    Sugar, Non-dairy creamer, Flavour, Coffee, Maca and Eurycoma longifolia Jack (Tongkat Ali)

    Contents :

    5 sachets x 21g / box

    Price :

    RM 68.00 / per box , RM 18.00 / sachets

    *Get our trial Sachet for ONLY RM 10.00 (limited for 200 person) by sending your personal particulars to us at cubnaktu@gmail.com

    Wednesday, March 26, 2008

    Jogging Ke Tasek Titiwangsa

    Semalam 25 Mac..... awal2 pagi dalam pukul 5 lebih Si roll dtg tempat keja propose nak ajak jogging katanya. akupun ok jelrah kan. so balik keja akupun terus shoot ke center dan depa 2 ekor ( Roll dan N) dah tunggu aku pun ikut jelah mcm dlm plan nak jogging matlamat utama aktiviti sihat katanya.



    Masa on d way haiyoh kat jln Loke Yew Itiew kiri kanan di himpit oleh lori Alam Flora dan Lori DBKL . haiyoh bau kepam sangat... hark tuih la kan pagi2 dgn nagntok mata lebam badan letih segala kan...





    Sampai aja kat destinasi pun dah lewat lah jugak dalam pukul 10 pagi lebih kurang lah.akupun jogging ala2 sambil streching je katanya sempat buang air kat toilet ittiew. bayar 20 sen je selesa takper.









    Balik je jogging sempat singgah breakfast di kedai abg chub kegemaran si n ititew. Lepas kekenyangan kami pergi ke bukit bintang ye berjumpa dengan ENcik M di Bukit Bintang dengan tujuan tertentu...(syyy) . Lihat saja muka si roll yang ketakutan Itiew hewheheh.




    Selepas settle everyhting di Bukit Bintang kami pun balik ya sempat singgah lagi ke JJ ya .. ala Jaya Jusco Maluri tu........Kat sana N melakukan acara kesukaannya ala aktiviti biasa apa lagi Giljan la dan si Roll ada urusan di pejabat pos katanya. aku saja je nak jumpa kawan2 lama yang pernah bekerja di sana. Sempatlah jugak kami baca buku di Kedai MPH itu banyak bahan ilmiah berguna lah. Dalam pukul 1 lebih kurang balik rumah aku pun smepat tidur dalam 50 minit terus pergi kerja. haiyoh terus pergi keja dengan keadaan penat terasa tapi ya stamina meningkat Alhamdulillah.






    Balik kerja kami ( aku, Z dgn F) cam biasa lepak cc dan mamak shifa kegemaran kami buat masa iniew ya .Masih dalam skrip yang sama macam minggu2 lepas iaitu "Motif Bukan Aku Yang Tentutkan..... ataupun Motif? Kau nak Tentukan....." ya memang kewji la tak abis abis lagi katanya..

    Dalam pukul 3 lebih lepas Fakhrul balik dan si Z balik tido aku shoot terus ke cc ini ya untuk meneruskan acara rakaman blog jogging inilah.ala setakat dua jam jerrr sambil chatting mirc dan ym lagipun nak cover tido maut lepas ni dalam 2 shift kot, hehehhe tapi apakan daya esok keja pukul 3 ptglah plak. oklah bye nanti aku sambung lagi. sori ayat bahasa yg digunakan very der,,,, cam ngantok dan malas maaf aku letih . nak titun balik dulu sekian letih nya. Apapun di bawah ni di antara gamabr2 yang sempat di rakamkan walaupun kamera aku tak seberapa oklah cukuplah ala2 kadar untuk membuat simpanan memori dan kenangan indah atau sebaliknya.. byeee

    Wednesday, March 19, 2008

    KARAOKE YANG AMAT TERLEWAT













    AL-KISAH begini..

    PADA hari Selasa itu aku telah membadak selepas pulang keletihan setelah berhempas pulas bekerja ya. Ya walaupun aku tau aku dah janji nak belanja si Fakhrull tapi apa kan daya. maka petang itu selepas maghrib berlalu aku pun melingkar terbongkang kepuasan tak hengat dunia melayari alam mimpi dengan penuh erti. Sedar2 aku terjaga dalam pukul 12 malam ya aku dapat 10 miss call dan banyak mesej bermcam2 bunyian yang ada termasuklah domain2 entah wujud dr mana seperti contah : www.maksentap.com, www.keji.lahanat.propa/mak dsb. Maka apabila tidak tahan kawan2 mencaras dan mencarut dengan keadaan yg segar dan kepanasan bangun tido di samping tak tahan diganggu gugat dengan sengatan pepijat yang menggatalkan, dengan keadaan baru bangun tido dengan mulut yang berbau busuk ku cuci muka dan cuci mulut japs, demi untuk menunaikan janjiew ku itu ku gagahkan jua mengajak z dan fak ke pusat karaoke di Indah Parade yg murah ittiew. Ya kali ini Z membawa teman bariew, ya siapakah dia? tert.... sampai di sana dalam pukul 1240 lebih kurang kami pun bantai nyanyi macam2 lagu.Aku buka dengan lagu "Sinaran" memandangkan Si Z dengan Fakhrul sibuk pasal domain www.SinaranItam.com. Ya si Z tetap ya dengan lagu " Hujan" nyanyian Senimang Agung Arwah Sudirman memandangkan dia feeling Roslan Shah Malaysia katanya. Aku macam biasa tak lupakan lagu wajib "I want It That Way" dan "Mengapa" walaupun sebenarnya "Kau Dipaksa Aku Terpaksa" nyanyi lagu2 ni. Masa dah nak last2 tu baru aku sedar si Fakh masih tak puas dengan gigih tekan2 remote ya mencuba tanpa malu dan segan walaupun kami semua maklum sebenarnya dah HABISS DAH DEKAT NAK BALIK LAH WOIIII. ala lain kali pergi lah lagi ya.

    Monday, March 17, 2008

    HAPPY BIRTHDAY FAKHRUL + LEE ABDULLAH .. JUST TAMBAHAN JER TAU TANDA PLUS ITIEW



    ASSALAMUALAIKUM.


    Again, cerita birthday boy sapa plak kali ni? ya memperkenalkan birthday boy yg lahir pada 15 Mac kali inilah Fakhrull. Majlis ini kami adakan last minute atas request Leo dgn Dayu walaupun aku dengan z dah ngantok dan letih giler malam tu kami gagahkan jua ke A Malik .. ala kedai mamak zaman dulukala kami selalu lepak buat port. Walaupun majlis kali ini tak seberapa tapi hasilnya semua org dapat gembira dan saling mencas diri dengan acara charut kesukaan ramai secara berganti2. Ya Birthday boy meralah kek2 itiew. Di sini aku dgn z minta maaf atas kelewatan dan postpone bithday present ko tau fakh rul. Tidak dapat dinafikan kali ini tetap ada acara bertepuk tampar ala2 usik mamak, kali ini oleh leo plak sampai mamak yg nak kira tu lari la plak ala2 seram sejuk takut dengan maha keazaban mulut si leosabri plak. kalau hari tu kisah z dengan mamak kali ini leo plak. kisahnya.... nanti dah luper kena tanya kat birthday boy lah .sila layari blog dia di : TRULYONLINE

    Tuesday, March 11, 2008

    Jom Wayang Di Damansara Wakakakak



    Merasalah cerita di sebalik gambar2 yang di atas itiew ya.

    Ni kisahnya tak silap akulah pada 2 Mac 2008 Kami ( aku, leo, dayu, z, dan Fakhrull) tengok wayang di damansara. bermula dengan begini dalam lewat pukul 12 lebih kot dayu dan leo bersama faker dengan kegigihan yang ada datang dari kota damansara ni mengambil aku dengan z di pudu ulu. Mula2 nak pergi tengok kat Galaxy ampang sudah habis tiket katanya.. hampeh betullah.... so bila rancangan bertukar kami pun pergilah ke Damansara, ala dekat IKEA katanya...

    Sampai je di sana pun dah lewat, so tak banyak pilihan alih2 pilihlah cerita The Mist, ya cerita thriller yang sakit hati sangat. kenapa? sebab aku boleh tertidur. jarang sekali aku tidur ya bila tengok wayang, boleh dikira lah kan... betul tak? kalau bosan citer tu kiter boleh tertidur kannn?
    tataulah korang camna plak. memang lah best sikit2 terperanjat.tapi tulah ending dia amat menyakitkan hati ya. tengoklah sendiri kenapa cakap sakit hati. Pengarah dia( Stephen King's) ni pandai main kat ending dia lah.

    habis tengok wayang dayu pun hantar kami ke ke Kelana Jaya untuk prgi mengisi minyak keta Faker yang kehabisan lah kan. tapi sebelum tu sempat lagi lepak2 katanya walaupun din ado hasil katanya kannn...ala saja je update tempat tasik kj tu apalah sangat.Dayu yang terlalu ngantuk dan keletihan terpaksa balik dulu sampai tertidur2 dlm keta sepanjang perjalanan pulang dr damansara sampailah parking kat tasik kj.habis lepak2 faker pun bawak keta kuning dia itiew ke stesen minyak. lepas isi minyak isi angin plak katanya... tetapi2 jeng2 tiba2 rupanya habis lah pulak angin tayar sebelah kiri depan. bahkan bocor terus. Alhamdulillah kami bernasib baik kerana di antara kami semua,kecuali aku memang malas lah kannnn... mereka2 ni bekemahiran dan berkepakaran untuk menukar tayar tengok sajalah gambar di atas itu, aksi2 yang sempat aku rakamkan.bila dah siap pun kami baliklah ke rumah masing2 sebab esoknya aku kan kena keja pagi. faker marah2 aku tido dalam keta katanya walapun dia sempat hantar ke pudu ulu. dalam diam marah2 tetap hantar dan paksa aku gi keja cepat. tulah kawan2 aku. keji tau.kuat carut jer.... oklah sekian dulu tunggu kisah2 yang lain pulak nanti ya. ahaksz.

    Jogging Kali Ke- 2 : Taman Pudu Ulu Depan Bangunan PGRM



    Dah tengok2 gambar2 yang sempat dirakam....begitulah panorama pagi itu di kala ramai membuta kan... ngaku jelah cepat walaupun ada yang tak dah bangun solat subuh kot2 lah kan....Ya hari tu .... ala hari tu Sabtu;8 Mac 2008 hari mengundi yang paling bersejarah dalam sejarah politik Malaysia... dan hari yang aku paling malas nak pergi mengundi penat keletihan selepas berjogging ya. aku rasa bosan sangat selepas lepak minum2 dengan z, terus pergi jogging lebih kurang dalam pukul 5 pagi lebih. Ya memang seronok menghirup oksigen pagi selepas puas menghisap rokok suria yanga amat banyak ya u olz..... dapat recover oksigen2 yang kurang dalam badan di samping melancarkan perjalan darah dan meningkatkan stamina anda katanya.betul ke? tapi takdelah leh kurus cepat baru pegi kali ke-2 takkanlah terus slim.. ahakz..Untuk pengetahuan anda semua di sini, di sini lah kan ala di Track Jogging Taman Pudu Ulu ni lah...terdapat banyak kemudahan ada tandas ada surau , alat bantuan senaman ringan, kelas tai chi free bersama mak cik pakcik abang kakak segala , batu2 tajam baik untuk merepair releksologi pun ada juga. Walaupun ramai yang berjogging terdiri dari kaum2 chinese, tidak boleh dinafikanlah kan.. bangsa2 lain tetap ada melayu india dll. Dalam pukul 7 aku solat subuh tapi ya.. tegak2 bulu roma macam ade org cuit dlm surau tu...selepas puas kepenatan melakukan stretching, sambil berjogging, sambil capture pix dalam lebih kurang pukul 7 lebih pagi aku pun baliklah sempat lagi melantak roti2 sosej dan yogurt tak ingat dunia. ekekekkeek boleh ke kurus cepat ni? tak kisahlah yang penting aku rasa lebih sihat lebih bertenaga dan berstamina pada hari itu. hari berikutnya tentulah penat. kena rehat lebih kikikiki.

    Sunday, March 2, 2008

    Kami Bukan Setakat Lukis Tangan Tapi Dinding Pun Kami Mampu Menceriakannya




    Ok dah tengok belum gambar2 di atas?Kepada anda semua yang berminat untuk mencorakkan dan menceriakan tangan , kaki atau lengan anda dengan corak2 yang anda sukakan bolehlah menghubungi saya di talian 016 2485868.Jika anda berminat dengan material yang kami gunakan pun insya allah kami boleh sediakan terutama yang memiliki bakat terpendam dan berminat untuk mencuba menjadi pelukis2 henna. Marilah berkongsi hobi bersama2 kami



    Saturday, March 1, 2008

    Si Zackie Pembawa Teksi Kuning Yang Stylo Sangat





    Ok kawan2 perlukan pemandu teksi yang hensem stylo sama ada urgent atau tak? sila hubungi dia ni di talian 016 6203686.
    tengoklah tu segala2nya kuning, untuk maklumat lanjut sila layari zackiey.blogspot.com

    Jika u olz yang ada masalah rambut contact2lah dia sebab dia memang buat part time hair stylist nak cut ke perm ke rebonding ke apa ke tanyalah dia segala mak nenek pasal rambut ni dia tahu insya Allah...

    Mari2 Beli Minyak Wangi






    Sapa2 yang sentiasa berbau busuk atau kepam ke sedarlah diri ya... anda tentu mahukan semua orang sayang anda , ingat anda sebab bau wangi anda, selesa bersama anda tanpa memberi bau aroma therapy yang maha dahsyat dan pencemaran udara yang teruk kepada orang2 di sekeliling anda. kannnn... sapa nak beli minyak2 yang wangi dijamin tanpa alkohol dan boleh dibawa untuk sembahyang bagi yang ada rasa was2 inilah gambar2nya yg ade je tapi sebenarnya ade banyak lagi yang tak sempat didisplay sebab tuan penjual yang pakai cermin mata ni tak bawak semua koleksi2nya. anda nak brand apa semua ada. Dunhill, C.K segala dan banyak lagi memang ada.ala harganya pun murah dan tak seberapa sangat. pakai sikit pun orang dah puji bau dia.cepat2 sebelum anda menjadi lebih bussuk marilah beli.

    Stok yang masih ada seperti dibawah :

    1- Miracle women

    2- Dunhill Red

    3- Apple Blossom

    4- Scrumptious

    5- Cool Water



    berminat ? sila hubungi /sms saya : 016 2485868





    Atas ni gambar koleksi yg ade je, ade banyak lagi




















    atas ni gambar tokeinya



    yang atas ni plak gambar aku bersama PERFUME business partner kepada si ain yang suka tengok atas itu ntah kenapa?.

    Selamat Harijadi Leosabri yang ke 21 opss...



    kehadiran majlis: Birthday Boy aka Leosabri,aku, Dayu, zackie, Fakhrull dan cekodok dia ntah ke sapa nama dia

    Gambar2 di atas adalah aksi2 yang sempat dirakamkan pada 25-02-08 lebih kurang bermula pada jam 11.30 malam, ya malam yang sungguh lawak dengan muka birthday boy yang ketakutan dan seram sejuk selepas fobia troma enigma terhadap serangan beberapa ekor lipas terbang di kedai mamak shifa sehingga mereka melarikan diri ke mamak PGRM. Manakala sesampainya di Mamak PGRM plak ini kisahnya pula matilah tak tahan aku sakit perut lawak sangat hari itiew. Ini kisahnya:

    Suatu Malam Di Majlis Hari Jadi yg Di buat di kedai mamak...

    Fakrul : Adik !!! mana KEK???
    Adik : Pondan ni lah (sambil menarik rambut zack)

    Kelihatan mamak datang untuk mengambil order ...

    Mamak : mau minum apa?
    Zack : Saper tarik rambut aku ??
    Adik : Dia .. (sambil menunding ke arah mamak)
    Zack : Lu Tarik? (bertanya kepada mamak)

    kerana kurang jelas pertanyaan zack itu kepadanya dan kesilapan teknikal gegendang telinga mamak tu demi untuk meLAKUkan kedai tu... lantas dia berkata...

    MAMAK : milo tarik?
    Zack : Lu tarik ker?
    Mamak : tea tarik?

    maka kami bantai gelak kerana seperti kucing sedang bercakap dengan lembu sama2 tak faham . hanya yg berada di situ je yg tak tahan gelak kan dayu?

    MARI MARI MARI RM RM RM

    Now, Everybody Can MLM!
    Make Lots of Money!
    Let us introduce to you...
    The Caring Plan That Guarantees You To Succeed
    Bcos
    We Really Care About Your Success.
    :: Sponsor 2 can recover capital! :: Free Monthly Maintenance!
    :: Daily Income
    up to RM1,000 per day
    :: Maintenance Income
    RM4,000 & above per month!

    A Loving Program
    PROGRAM HEBAT!
    A Supplementary Plan to help our members pay off their LOANS / CREDIT CARDS !!
    We love you so much that we can't afford to see you worry about your debts.







    BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM

    salam kepada semua mari2 sapa nak buat duit sangat senang dengan hanya bermodalkan rm150 sahaja. Seterusnya menaja 2 orang sahaja sudah dapat modal kembali.Bayangkan Jika sebulan anda dapat menaja 20 orang cukuplah pendapatan sampingan anda untuk membantu melangsaikan hutang2 anda. ada berani? mari cuba. berminat? sila hubungi saya di talian 016 248 58 68 atau email terus ke sukor78@yahoo.com atau klik BUAT DUIT ,nama dan no telefon anda untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.